Sunday, November 20, 2005

bingung

Adakah aku yang bersalah ataupun engkau yang terlena???
Aku bingung. Aku benar2 tidak tahu sama ada aku yan bersalah, sama ada aku yang punya harapan yang terlalu tinggi, ataupun dia yang sama sekali tidak memahami apa yang dikehendaki dan dituntuti dalam sesuatu perhubungan.
Aku bukan sekadar seorang wanita yang wujud di sisinya hanya sebagai pembantu tatkala dia dalam kesusahan, teman tatkala dia sunyi, tempat dia mengadu tatkala dia perlu tempat mengadu. Dan selain dari itu, aku ditolak ke tepi, tidak dihubungi tidak dikhuatiri tidak dipeduli... Kadangkala itulah yang aku merasakan, seolah-olah, kalau tiada sebab, memang dia tidak akan menghubungi aku langsung, memang diri atau bayangan aku tidak langsung melintasi minda dan fikirannya langsung. Salahkah, kalau aku mengharapkan dia menghubungi aku setiap hari... walau untuk seketika??? Bukankah itu adat berhubungan dan berpasangan?? Dia sebagai teman berbicara, teman berbual, setiap hari, tentang segala hal yang berlaku pada hari ini?? Bukankah??? Aku mendengar ibu bapa aku berbual setiap hari... ada sahaja yang dibualkan, walaupun dah lebih 25 tahun bersama.. Mustahil tiada benda untuk dibualkan, kalaupun memang tiada apa... salahkan menelefon sekadar untuk menanyakan khabar?? SAlahkah??? Benarkah aku yang terlalu meminta??? Benarkah aku yang terlalu mengharap??
Entah!!! Aku sendiri benar2 tidak tahu!!! Dia kata aku hidup di alam fantasi... mengharapkan dirinya menghubungi diriku setiap hari...Namun padaku, itu sahaja cara untuk aku berkomunikasi.. Kita sudah terlalu jarang sekali keluar bersama.. Padaku, ini satu-satunya cara untuk berkomunikasi dengannya... tapi begitu katanya??? Yang aku hidup dalam alam fantasi??? Benarkah??? Kadangkala, semakin lama aku mendengar segala alasannya, semakin bingung aku rasa, kerana aku sungguh tidak tahu, sama ada aku yang terlalu banyak 'expectations' ataupun dia sebenar2nya tidak memahami apa yang diperlukan dalam suatu perhubungan dua hala. Ya Allah, kepada siapa boleh aku tuju untuk mendapat pendapat?? Aku sekadar ingin tahu, sama ada pendapat dirinya memang pendapat semua jejaka ataupun hanya dia sahaja yang berfikiran sebegitu...
Benar aku bingung... Adakah aku yang bersalah ataupun engkau yang terlena????

0 Comments:

Post a Comment

<< Home