Monday, June 25, 2007

Alhamdulillah.. hanya satu yang aku inginkan..

Assalaamualaikum

Hari ini tanggal 25 June, genap 3 bulan setelah kali terakhir aku menulis... Haiz.... benar2 cepat masa telah berlalu kan... setiap kali aku tiba ke website ini, dah berbulan2 berlalu..

Alhamdulillah. Dari 25Mar hingga 25Jun, banyak juga yg berlaku, namun di saat ini, aku tidak ingat apa2 detik hitam yang berlaku. Alhamdulillah.. aku tetap bersyukur kerana dikurniakan sifat 'pelupa' ini, jadi aku tidak memendam sebarang kemarahan atau kepedihan. Dari masa ke masa, aku tahu aku tetap mengungkitkan hal lalu, dan aku masih berusaha untuk melupakan segala yang aku ingati.

Kini, sebagaimana aku susah kian yakin berbulan2 dahulu, aku semakin yakin aku ingin bersamanya. Hanya Tuhan yang tahu betapa aku mengasihinya dan merinduinya setiap hari.. setiap saat.. Aku tak sanggup kehilangan atau berjauhan dengan dirinya, walau utk sehari. Aku bersyukur telah ditemukan dengan seorang semurni dirinya.. yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kebahagiaan diri aku yg degil ini. Setiap hari, aku berdoa agar kami selamat disatukan dengan ikatan pernikahan, selamat melayari hidup ini bersama.

Kini, alhamdulillah, aku kian rasa tenang.. mungkin inilah yang dikatakan kesempurnaan hidup dalam kesederhanaan. Hidup dengan DIA sebagai sandaran, sebagai tempat memohon doa dan perlindungan dan rahmat, hidup di sisi keluarga yang mengasihi dan jejaka yang dikasihi .. Alhamdulillah, aku benar2 bersyukur... Amin YA RABBAL ALAMIN.

Kini, setiap langkah yang aku ambil lebih bermakna.. semoga aku terus tabah meneruskan setiap hari di tempat kerja. Hanya satu yang aku fikirkan setiap hari.. dan untuk itu aku hidup setiap hari... hingga setibanya hari itu, insyaAllah... Ya Allah, berkatilah hidup kami bersama... Amin..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home