Saturday, November 17, 2007

atas sebab apa...

Semalam, benar2 dia tidak menelefon aku sehari semalam. Namun, aku sendiri tidak rasa apa2, jadi takpelah. Setiap kali aku mengenangkan apa yang dia kata tentang diriku, terus terhapus rasa rindu yang baru ingin berputik di hati ini.

Pagi ini, pada mulanya aku rasa aku tidak ingin menjawab panggilan darinya sepanjang hari ini, biar dia tahu bagaimana rasanya ditinggalkan. Bila dia menelefon, aku senyapkan bunyinya, namun entah kenapa, jari2 ini akhirnya menjawab juga. Dengan nada yang tiada manjanya, aku menjawab ringkas pertanyaan dan mengakhiri perbualan.

Setelah itu, timbul juga bibit2 rasa rindu sekali sekala, namun tetap jua, setiap kali aku mengenangkan kata2 nya kembali, setiap kali itu jua segala rasa rindu lesap dalam sekelip mata. Aku benar2 terluka, aku benar2 tidak tahu atas sebab apa dia mahu terus bernikah dengan aku..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home