Thursday, November 22, 2007

Tenangkanlah fikiran ini...

Setiap hari kini, aku hanya berdoa agar diberi ketenangan kerana aku benar2 memerlukannya. Semalam, aku bingung lagi, tersepit sebenarnya. Tatkala aku sendiri sudah dapat menerima tujuan aku tahun hadapan, mereka pula yang membuat aku tertekan. Antara mereka dan dia, yg mana harus ku turutkan???

Aku sungguh tidak akan terlintas niat untuk melukakan atau tidak menuruti kehendak mereka, walaupun kadang2 memang aku tidak setuju dengan keputusan mereka, namun aku tetap turutkan semata2 untuk menjaga dan melegakan hati mereka. Tapi semalam, aku benar2 rasa terkilan lagi dengan sikap atau pendiriannya...

Namun aku tidak mampu untuk menyuarakan suara hatiku, kerana tidak ingin mengguris hatinya... Bukan salahnya, dan aku tahu bukan salahku, cuma mungkin, masing2 mengambil masa yang berlainan untuk menyesuaikan diri..

Lain orang, lain caranya, lain kehidupannya... Apa yang aku anggap biasa, mungkin bukan perkara biasa pada orang lain dan begitu sebaliknya, aku hanya perlu masa untuk menyesuaikan diri untuk menerima cara hidup orang lain.

Entah... di saat ini, aku hanya memohon dariNya agar disediakan jalan keluar bagiku.

Alhamdulillah, apabila aku berbincang dengannya tadi, dia cukup memahami. Dia memang marah, dan aku tahu dia bukan memarahi aku.. dan dia ada memberitahu aku.. dan aku beanr2 bersyukur.. Alhamdulillah...

Aku juga telah beritahu bahawa agak sukar untuk aku melayani dirinya di sana, namun aku berjanji akan melayani sepenuhnya di rumah sendiri kelak, insyaAllah..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home