Ya Allah, lembutkanlah hatinya Ya Allah
Kini aku keliru…3 minggu lagi, 21 hari lagi.. namun di hari ini, cahaya kebahagiaan benar2 terhapus dari wajah ini. Bagaimana harus aku rasa bahagia untuk bernikah, sekiranya segalanya penuh dengan ketidak-pastian??? 7 tahun aku mengenalinya, namun kini, seolah-olah aku terpaksa mengenalinya semula dari mula.. sebagai seorang suami…
Kiraku, semakin lama saling mengenali sebelum nikah, lebih baik, kerana kita saling benar2 mengenali budi hati pekerti satu sama lain. Tapi mungkin juga aku tersilap, tersilap..
Setiap kali status berubah, berubah pendirian, berubah pendapat, berubah kelakuan, yg tinggal hanya kasih saying, mujur kasih saying semakin bersemadi, semakin lama, semakin tebal, alhamdulillah..
Dan itu sahaja yang aku bergantung dengan, yang memberi harapan pada diri ini.. sekurang-kurangnya, aku tahu dia mengasihi aku.. keadaan dan situasi telah jelas membuktikan hakikat itu... aku hanya mampu berdoa agar kami dapat meleraikan segala kekusutan yang kian melanda dengan cepat, agar tidak berlarutan, agar kembali cahaya pada wajah yang murung ini.. Ya Allah, kau lembutkanlah hatinya Ya Allah…

0 Comments:
Post a Comment
<< Home