Sunday, November 20, 2005

adakah aku yang bersalah ataupun engkau yang terlena?

Tunang? Temanita??
Tunang? Teman lelaki?
Siapakah dia antara kita yang telah menjalankan tanggungjawab sebagai tunang? Siapa di antara kita yang telah menjadi seorang teman yang baik kepada pasangannya??
Sejak aku menemui dirinya, dan aku sedar aku menyayangi dirinya, setiap yang aku lakukan hanyalah untuk dirinya. Aku meletakkan kebahagiaannya sebelum keinginan aku. Aku telah mengorbankan segala yang mampu aku korbankan; masa, tenaga, wang, keinginan, impian, segala-galanya, semata-mata demi kebahagiaannya, walaupun kadangkala pengorbanan itu mendatangkan penyeksaan dan kepiluan bagi diriku sendiri. Namun aku sanggup dan aku telan, kerana aku sungguh menyayangi dirinya dan aku tidak sanggup melihat dia menderita walau sedikit mana.
Aku tahu, dalam memberi, tidak patut aku mengharapkan sebarang balasan. Dan bukan balasan yang aku inginkan...
Aku sekadar ingin rasa dibelai, rasa diperlukan, rasa dirindukan. Aku sedar dia tidak mampu membelikan aku hadiah yang mahal2 dan aku tidak kisah. Bukan harta dan wangnya yang aku inginkan. Aku tahu dia juga tidak mampu keluar bersamaku kerana terlalu sibuk dan aku sudah menerima hakikat itu. Aku sekadar ingin perhatiannya. Itu sahaja. Aku sekadar mengharapkan sesuatu yang langsung tidak berharga, tidak mengambil masa, tenaga atau wang... Aku sekadar ingin perhatiannya, satu panggilan setiap hari sekurang-kurangnya, agar dapat juga aku berkongsi pendapat, atau berbual tentang segala kejadian pada hari itu. Itupun, aku terlalu meminta kah?? Andai benar aku yang bersalah, aku terima, tapi benarkah... itu terlalu banyak untuk ku pinta???

Apa gunanya bertunang kalau aku langsung tidak boleh menghubungi dirinya???
Dia boleh menghubungi aku bila-bila masa dan aku akan melayaninya.
Tapi aku, aku perlu tunggu dan tunggu dari pagi ke petang ke malam ke tengah malam, sampai dia akan menghubungi aku. Di saat itu, dia sendiri sudah terlalu letih untuk berbincang apa-apa. Apa gunanya tunang kalau aku tak dapat menghubungi dan berbual dengan dia bila aku perlu??? Aku bukan pekerjanya yang perlu menanti bila dia ada masa terluang sebelum dia melayani aku. Aku tunangnya... Adakah aku harus terus menunggu dan menunggu sebegitu setiap masa??? Tindakannya membuat aku rasa seolah dia tidak kisah langsung andai aku perlu bersuara atau berbincang apa2, seolah-olah hanya dia ada hak berbincang denganku, namun aku tiada hak mengganggu dirinya.

Kelmarin, aku sakit, demam, selsema, batuk. Aku sekadar mengharap dia menelefon aku sebentarrrr sehaja, agar dapat aku mengubat rindu, sebelum aku tidur. Jam dah menunjuk 10 malam. Salahkan kalau dia menelefon dan melayani aku seketika, selepas itu boleh dia makan dan meneruskan urusannya??? Tapi tidak, dia suruh aku tunggu setelah dia makan. DAn aku tunggu, sehinggga jam 11.40, dia masih belum telefon. Aku terlalu penat, jadi aku menelefonnya, tapi apa yang dikata: " u pergi rehatlah, dah sakit-sakit pun harapkan i taliponlah..."
Ya Allah, aku benar2 terluka... aku tidak tunggu lagi dan terus meletakkan telefon.
Benar hati aku terhiris... Aku sekadar ingin mengubat rindu... SAlahkah??? Aku sedang sakit.. dan begitu katanya???
Aku kah salah?? kalau benar aku salah, aku berani mengaku... Mungkin memang begitu cara lelaki berfikir..
TApi benarkah aku benar2 bersalah??? Aku sekadar mengharapkan hanya setitik masanya... berbual dengannya...walau untuk seketika, dan dia kata sedemikian...
Ya Allah, benar2 aku terluka..
Aku tak tahu ia salah untuk aku merindui dan mengharapkan dia berbual walau hanya untuk seminit sekalipun...
benarkah aku yang bersalah????

0 Comments:

Post a Comment

<< Home