Sunday, July 30, 2006

Julai yang kian berkahir

Kini, bulan Jun sudahpun berlalu, malah bulan Julai bakal pergi… hanya sebulan telah berlalu, namun aku benar2 merasakan seolah-olah masa yang cukup panjang telah berlalu. Begitu banyak sekali kerja sepanjang sebulan.

Mula bekerja, aku mulakan dengan tugas baru, alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik dan licin, alhamdulilah, kemudian, sabtu minggu dihabiskan dengan pemeriksaan yang cukup intensif sekali. Tamat minggu pertama.

Minggu kedua, setelah habis ‘sesi intensif’, aku ada projek baru pula… cukup sibuk seminggu, akhirnya Jumaat tiba jua, dan segalanya berjalan dengan selamat. Alhamdulillah. Tamat minggu kedua.

Minggu ketiga, sibuk kembalikan segalanya kembali, sibuk menghitung sana sini, sibuk campur sana sini, sibuk mula jadual baru… dan sibuk cover untuk orang lain. Tamat minggu ketiga.

Minggu ke-empat, sibuk siapkan kertas untuk hari Khamis, kelam kabut, namun alhamdulillah selamat juga. Sedangkan terlalu banyak kerja terbengkalai. . Tamat minggu keempat.

Minggu kelima, hari isnin, siapkan resources untuk hari selasa, hari selasa, siapkan kertas untuk hari rabu, hari rabu siapkan resources untuk hari khamis. Hari khamis, sedia untuk hari jumaat. Haizzzz…. Namun alhamdulillah, aku bersyukur, segalanya berakhir dengan selamat. Berakhir minggu kelima.

Namun, kali ini, malam ini, aku berazam, aku ingin berubah… aku tekad… rumah tempat untuk aku berehat, kerja tempat untuk berusaha. insyaAllah, aku tidak akan bawa pulang kerja. insyaAllah…

0 Comments:

Post a Comment

<< Home