Rindu...
Aku pasti dan aku yakin aku memang terlalu mengasihi dirinya, aku sanggup melakukan apa sahaja untuk dirinya, buktinya, kemahuan aku sudah aku letak tepi kini, aku rela terima dan menuruti apa sahaja kehendak dirinya, walaupun kadangkala memang ia bukan kehendak hati ini.
Di samping itu, aku juga tahu, kemungkinan, ada yang juga mula menyayangi diri ini. Sekiranya aku salah, memang aku lebih senang hati... tapi akal sukar menafikan tiada rasa apa dengan segala bukti yang ada walau sekecil mana. Alhamdulillah, andai aku benar, sekurang-kurangnya aku telah berjaya membuka hatinya sekali lagi, dan yang penting, aku harap kehadiran diriku telah membawa kebahagiaan ke dalam hidupnya.. kerana memang itu niat di hati ini, untuk membawa seri ke dalam hidupnya..
Bagiku, aku tahu dia cukup membuat aku cukup bahagia.. Riang hati bersama dirinya... sebagai teman maksudku... kerana sesungguhnya, kita hanya menghabiskan masa di masa kerja dan setakat itu sahaja. Bagi aku, dia seorang teman untuk mengisi hari kerja ku dan aku amat senang di sisinya, seperti aku sentiasa dijaga oleh seorang abang...
Begitulah, luahan hati seorang gadis yang terlalu hauskan kasih sayang seorang abang...
Aku tahu aku tidak mengasihi nya, tapi aku sedar bahawa dia bukan kawan kerja biasa.
Alhamdulillah, aku kini yakin dengan perasaan aku... Aku mungkin tidak akan pasti dengan bagaimana sebenarnya dia rasa, walaupun aku dapat meneka, dan kadangkala permintaan doa bertepatan dengan kenyataan yang terjadi, mungkin tekaan tepat, mungkin juga sekadar kebetulan semata2. Ada perkara yang lebih indah dibiarkan rahsia...
Sekurang-kurangnya kini dapat juga aku rasakan ketenangan, Alhamdulillah, benar2 aku bersyukur...
Tadi, buat pertama kali setelah sekian lama, kita mula bergurau senda lagi di telefon, begitu aku merindui kemesraan itu..
Ya Allah, kau berikanlah aku yang terbaik bagi diriku YaAllah.. Amin Ya Rabbal Alamin...

0 Comments:
Post a Comment
<< Home