Tuesday, November 22, 2005

Tulisan 4 - Ingin Berpindah

Berbulan kuberada dalam pencarian
Gagal kutemu rumah idaman
Semuanya ada sahaja kekurangan
Membuat hati tidak berkenan

Ketika hampir kuputus harapan
Tanpa kucari tiba-tiba kelihatan
Sebuah rumah cukup berdekatan
Yang telah menarik perhatian

Kelihatan sederhana segala perhiasan
Namun cukup semua kelengkapan
Lalu tidak kulepaskan kesempatan
Rumah dibeli tanpa pertimbangan

Setelah hakmilik rumah diserahkan
Kusinggah rumah jiran
Rupanya bentuknya sedikit berlainan
Perhiasan dalamnya lebih menawan

Timbul dihati sedikit keikhlasan
Mengapa terburu membuat keputusan
Akibatnya kuhilang peluang keemasan
Untuk memiliki rumah impian

Kini dua tahun kemudian
Dalam perjalanan hidup seharian
Kuterpandang satu kediaman
Juga punya ciri-ciri kuimpikan

Walau isinya belum kuperhatikan
Sekilas pandang cukup mempesonakan
Suasana sekeliling juga memuaskan
Sungguh hati sudah tertawan

Sayangnya ia sudah bertuan
Hatiku pula tidak kesampaian
Untuk meminta bilik disewakan
Mengharap dikongsi segala keindahan

Terlepas peluangku sekali lagi
Impian tetap gagal kukecapi
Kenangan lama datang menghantui
Menambahkan luka didalam hati

Sudah dua kali terjadi
Rumah impian berjaya kutemui
Namun akhirnya tidak kumiliki
Sungguh bingung kurasa kini

Apakah sebenarnya yang kuinigini
Apakah tidak kupuas hati
Bukankah rumah sudah kupunyai
Mengapakah aku masih mencari

Semua akibat kesalahan sendiri
Terlalu siang rumah kubeli
Sedangkan banyak rumah lagi
Yang masih belum kusinggahi

Kurasa amat seirk kini
Cukuplah segala yang kuhadapi
Tidak lagi sanggup dilukai
Akhirnya kukembali kerumah sendiri

Pengalaman pahit kujadikan memori
Tidak ingin untuk kukenangi
Janji kusemat didalam hati
Niat berpindah kubekukan dihati

Walau janji sukar ditepati
Dapat juga kulatih diri
Mensyukuri apa yang dimiliki
Mematikan niat mencari pengganti

Rumah kini kujaga rapi
Sentiasa kelihatan indah berseri
Agar tidak timbul dihati
Hasrat untuk berpindah lagi

Nur Intan
290302

0 Comments:

Post a Comment

<< Home