Tulisan 1 - Kehadiranmu
Di kala diriku merasa sepi
Dengan tiba-tiba kau menghadirkan diri
Hatiku yang pilu kau ubati
Seolah-olah kau mengerti perasaan hati
Pertemuan kita sungguh tidak kusangkakan
Di negaramu kucuba mencari ketenangan
Agar dapat aku cuba melupakan
Peristiwa lalu yang cukup mengecewakan
Ketika itu ingin kududuk bersembang
Hanya di sisimu terdapat ruang
Duduklahku di ruang yang terluang
Untuk melihat wajahmu belum kuberpeluang
Kusedari di sisiku ada jejaka
Sangkaku kau hanya lelaki biasa
Lagipun aku sudah tidak berupaya
Untuk menyukai seorang lagi jejaka
Namun apabila persoalan kau utara
Dan menjawab pertanyaan aku berusaha
Pintu hatiku terbuka luas semula
Di saat mata bertentangan mata
Kagum aku melihat sinaran mata
Terpikat aku kepada kejernihan muka
Wajahmu begitu indah dipandang mata
Cukup berseri dan penuh bercahaya
Di malam yang tidak berbintang
Terjalinlah perhubungan yang tidak dirancang
Dengan jantung yang berdegup kencang
Namun hati yang penuh riang
Sayangnya yang terindah hanya sementara
Pertemuan kita hanya untuk seketika
Tiba-tiba hujan turun dengan selebat-lebatnya
Dan kita terpisah begitu sahaja
Namun kita masih diberi kesempatan
Dan peluang itu tidak disia-siakan
Dalam kegelapan kita berbalas senyuman
Dan melambaikan tangan tanda perpisahan
Sungguhpun kini kita cukup berjauhan
Dirimu tidak dapat kucuba melupakan
Wajahmu masih tetap dalam ingatan
Dan akan kuabadikan sebagai kenangan
Terima kasih kepadamu wahai jejaka
Hadirmu telah membuat hatiku ceria
Senyuman manismu membuat hati bahagia
Kata-katamu masih berlegar-legar di minda
Kita tidak mungkin berjumpa lagi
Tetapi aku bersyukur kepada Illahi
Kerana dikurniakan pertemuan suci ini
Yang kini menghadiahkan sejuta memori
Diriku disini hanya mampu berdoa
Agar abang disana senantiasa bahagia
Semoga dapat kita bersua semula
Di dalam syurga abadi sana
Nur Intan
Dec 1998
Dengan tiba-tiba kau menghadirkan diri
Hatiku yang pilu kau ubati
Seolah-olah kau mengerti perasaan hati
Pertemuan kita sungguh tidak kusangkakan
Di negaramu kucuba mencari ketenangan
Agar dapat aku cuba melupakan
Peristiwa lalu yang cukup mengecewakan
Ketika itu ingin kududuk bersembang
Hanya di sisimu terdapat ruang
Duduklahku di ruang yang terluang
Untuk melihat wajahmu belum kuberpeluang
Kusedari di sisiku ada jejaka
Sangkaku kau hanya lelaki biasa
Lagipun aku sudah tidak berupaya
Untuk menyukai seorang lagi jejaka
Namun apabila persoalan kau utara
Dan menjawab pertanyaan aku berusaha
Pintu hatiku terbuka luas semula
Di saat mata bertentangan mata
Kagum aku melihat sinaran mata
Terpikat aku kepada kejernihan muka
Wajahmu begitu indah dipandang mata
Cukup berseri dan penuh bercahaya
Di malam yang tidak berbintang
Terjalinlah perhubungan yang tidak dirancang
Dengan jantung yang berdegup kencang
Namun hati yang penuh riang
Sayangnya yang terindah hanya sementara
Pertemuan kita hanya untuk seketika
Tiba-tiba hujan turun dengan selebat-lebatnya
Dan kita terpisah begitu sahaja
Namun kita masih diberi kesempatan
Dan peluang itu tidak disia-siakan
Dalam kegelapan kita berbalas senyuman
Dan melambaikan tangan tanda perpisahan
Sungguhpun kini kita cukup berjauhan
Dirimu tidak dapat kucuba melupakan
Wajahmu masih tetap dalam ingatan
Dan akan kuabadikan sebagai kenangan
Terima kasih kepadamu wahai jejaka
Hadirmu telah membuat hatiku ceria
Senyuman manismu membuat hati bahagia
Kata-katamu masih berlegar-legar di minda
Kita tidak mungkin berjumpa lagi
Tetapi aku bersyukur kepada Illahi
Kerana dikurniakan pertemuan suci ini
Yang kini menghadiahkan sejuta memori
Diriku disini hanya mampu berdoa
Agar abang disana senantiasa bahagia
Semoga dapat kita bersua semula
Di dalam syurga abadi sana
Nur Intan
Dec 1998


0 Comments:
Post a Comment
<< Home