Thursday, February 02, 2006

Redhailah hubungan ini

Terlalu kerap sangat kita bergaduh kebelakangan ini. Dia benar2 membuat aku tertekan. Baru hujung tahun aku berikan peluang, tapi kini berlaku lagi sekali lagi. Habis segala dia habiskan… aku benar2 papa kedana dibuatnya. Ya Allah, sungguh aku redha padamu kerana memberikan aku ujian sebegini. Aku tahu aku pelokek orangnya dan aku enggan sekali ingin melepaskan wang yang aku begitu susah payah untuk menyimpan.. namun, dengan berkatMu juga, Kau telah mendidik aku untuk tidak menolak andai ada yang lebih memerlukan… Ya Allah, hati ini tetap terluka dengan perbuatannya, namun aku sendiri benar2 tiada jalan lain. Andai dibantu, aku binasa, andai tidak dibantu, aku merana… Tersepit aku di antara dua persimpangan yang tiada akan ku raih sebarang keuntungan dari mana2 arah sekalipun. Namun, aku tetap yakin, tentu ada hikmahnya…Kelmarin aku benar2 menangis di depannya, dan kata2 yg datang dari bibirnya itulah yang begitu meyakinkan hati dan diri yang aku benar2 ingin bersamanya. Ya Allah, bantulah kita berdua, berkatilah kami berdua… dan redhailah hubungan kami.. Amin Ya Rabbal Alamin..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home