Kebebasan di bulan Ogos
Sudah lebih sebulan aku tidak menulis, sekali menunjukkan betapa sibuk sekali diri ini setiap kali semester sekolah buka semula.
Alhamdulillah, di bulan Ogos, aku dapat berehat seketika di minggu kedua.
Tatkala negara menyambut hari kebangsaan, berpeluang aku meraikan kebebasan sepanjang minggu itu.
Berminggu2, sejak Julai, aku menantikan tibanya minggu itu, aku benar2 bersyukur apabila minggu itu akhirnya tiba.
Setiap hari, dari hari Selasa itu, aku lalui dengan sepenuh ketenangan dan kebahagiaan. Setiap satu detik, setiap satu saat, dari pagi hingga ke petang, hingga ke malam, hingga ke larut malam, betapa aku benar2 rasa bahagia.
Layanan dirinya terhadap diri ini begitu lembut sekali, betapa indah sekali, pandai benar dia melayan.
Segalanya, setiap detik, masih terlalu segar dan jelas di hadapan mata ini...
Yang penting sekali, aku juga semakin sedar betapa aku memerlukan dan mengingini dirinya. Alhamdulillah, akhirnya, aku yakin dan pasti dan tiada apa yang akan merubah keputusan aku. Aku semakin yakin apabila bertemu dengan temannya hari Rabu itu. Di saat itu, aku semakin yakin, bahawa memang dia mementingkan diri aku sebelum dirinya. Hmm... tentunya, hari itu, aku benar2 puas hati. Walaupun malam itu, dia terlalu penat hingga tidur siang, aku tetap senang hati dapat berada di sisinya. Dan tentunya, hadiah darinya tiba juga, walau pada malam yg cukup lambat...
Ya Allah, aku bersyukur di atas peluang yang diberikan, namun aku memohon keampunan dariMu di atas segala kelemahan kami berdua dan aku memohon restu serta bimbingan dari Mu, semoga kau satukan kami, restui hubungan ini, sehingga ke akhir hayat kami, hidup bersama, mengabdikan diri kepada-Mu dan menuruti perintahMu dan meninggalkan laranganMu.. Amin YaRabbal Alamin...

0 Comments:
Post a Comment
<< Home