Saturday, November 24, 2007

Satukanlah kami.. Amin...

Semalam aku akhirnya dapat menemui dirinya untuk mengubat rinduku yang teramat sangat. Namun itu juga tidak datang dengan mudah. Aku terpaksa sabar menanti sepanjang pagi untuk menerima panggilan darinya yang akhirnya kedengaran pukul 2.30. Alhamdulillah, akhirnya dia telefon juga setelah sejak semalam terlalu sibuk untuk menelefon.

Masih jelas di ingatanku apa yang dia tanya di telefon, apa pakaianku.... =)
Aku selamat berjumpanya dan di sana juga tenang berbincang. Aku juga senang mendengar segala penjelasan darinya yang sungguh membuat aku semakin tenang untuk menghadapi masa hadapan aku bersamanya kelak. Alhamdulillah, setelah sekian lama aku begitu tidak keharuan, kini aku kembali tenang, tenang menanti hari yg kunanti..

Dia hantar aku pulang dan aku terus melayaninya dengan sepenuhnya, rasanya seperti aku juga terlalu menginginkannya, kerana itu begitu mudah sekali aku menyerahkan diri, tanpa berfikir panjang. Lega rasa melihat senyuman penuh kepuasan di wajahnya... Aku tau aku bersalah, namun itu hanya untuknya.. kerana aku tidak mampu mengecewakan dirinya... tak sanggup aku.. lagi2 apabila aku tahu dia jarang lagi meminta kerana terlalu sibuk bekerja...

Aku senang dia memerlukan aku.. itulah harapan aku bukan.. Ya Allah, aku memohon padaMu... agar Kau selamat satukan kami, agar dapat kami akhirnya bersatu dalam cara yang suci dan halal.. sesungguhnya aku terlalu mengasihinya... Akan aku layani dirinya sebagai isteri yang terbaik, kerana aku tahu itulah suruhanMu pada hambaMu.. akan aku anggap setiap langkahku sebagai ibadah kepadaMu Ya Allah, Kau lindungilah aku.. Izinkanlah aku menjadi isteri yang sempurna yang dapat melayani suaminya dengan sebaiknya dan memberikan zuriat yang menjadi penyejuk mata kami bersama.. Amin Ya Rabbal Alamin..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home