Tulisan 2 - Tidak kuduga segala ini
Kehadiranmu tidak pernah kuduga
Keramahanmu terhadapku tidak kusangka
Kemesraan terjalin dengan sendirinya
Seolah-olah sudah lama bersama
Tidak kuduga segala ini
Pintu hati tertutup rapi
Kini diketuk sekali lagi
Sedangkan dirimu baru kukenali
Semata kerana tidak ingini
Sejarah silam berulang lagi
Peluang bagimu telah kuberi
Walau hatiku belum pasti
Namun tidak sekali kusangka
Setelah kita mula bersama
Hati ini dengan sendirinya
Mampu menerimamu dengan sepenuhnya
Kasih yang kau curahkan
Perhatian yang kau berikan
Layanan yang kau berikan
Berjaya membuat hatiku tertawan
Kehadiran dirimu merubah segala
Kehidupan lalu penuh gelita
Kini bersinar ceria semula
Dapatlah aku menjamah bahagia
Aku berdoa kehadrat Illahi
Agar perhubungan ini diberkati
Kasih sayang kekal abadi
Hingga ke syurga nanti
Nur Intan
October 2000
Keramahanmu terhadapku tidak kusangka
Kemesraan terjalin dengan sendirinya
Seolah-olah sudah lama bersama
Tidak kuduga segala ini
Pintu hati tertutup rapi
Kini diketuk sekali lagi
Sedangkan dirimu baru kukenali
Semata kerana tidak ingini
Sejarah silam berulang lagi
Peluang bagimu telah kuberi
Walau hatiku belum pasti
Namun tidak sekali kusangka
Setelah kita mula bersama
Hati ini dengan sendirinya
Mampu menerimamu dengan sepenuhnya
Kasih yang kau curahkan
Perhatian yang kau berikan
Layanan yang kau berikan
Berjaya membuat hatiku tertawan
Kehadiran dirimu merubah segala
Kehidupan lalu penuh gelita
Kini bersinar ceria semula
Dapatlah aku menjamah bahagia
Aku berdoa kehadrat Illahi
Agar perhubungan ini diberkati
Kasih sayang kekal abadi
Hingga ke syurga nanti
Nur Intan
October 2000

0 Comments:
Post a Comment
<< Home