Tuesday, November 22, 2005

Tulisan 3 - RedhaNyalah yang kuharapkan

Setengah tahun telah kutinggalkan
Lembaran baru dalam kehidupan
Sudah tersedia tanda pembukaan
Perjalanan hidup seterusnya dicatatkan

Berbekalkan kesabaran dan ketaqwaan
Akan kutempuh segala cabaran
Agar setiap janji dikotakan
Dan impian menjadi kenyataan

Pelajaran sekolah diberi perhatian
Tanggungjawab mengajar tidak dilupakan
Masa akan sebaiknya dibahagikan
Agar setiap saat dimanfaatkan

Tentang teman yang kukehilangan
Bersyukurku ke atas pertemuan
Redhaku dengan terjadinya perpisahan
Sememangnya begitulah adat persahabatan

Bagi setiap ikatan persahabatan
Yang hingga kini bertahan
Akan kuhargai setiap pengorbanan
Kebahagiaan teman akan kuutamakan

Mengenai dia yang menawan
Hadirnya tidak akan kusiakan
Kasih sayang akan kuhulurkan
Kesudahannya biar Dia menentukan

Segala peristiwa yang melukakan
Sesungguhnya segala adalah suratan
Biarlah ia menjadi tauladan
Agar tidak diulangi kesilapan

Setiap detik yang menggembirakan
Kuabadikan dalam kitab kenangan
Dapat jua ia menghiburkan
Hati yang kadangkala dilukakan

Semoga segala yang dilakukan
Akan mendapat rahmat Tuhan
Kerana Redhanyalah yang kuharapkan
Sebagai matlamat utama kehidupan

Nur Intan
270601

0 Comments:

Post a Comment

<< Home