Tuesday, November 22, 2005

Tulisan 6 - Kehidupan

Hidup bukan segalanya keindahan
Suka duka datang bergandingan
Sambutlah kebahagiaan dengan keriangan
Tabahlah menghadapi setiap kedukaan

Dalam memberi, berilah sebaiknya
Dalam berkasih, kasihlah sepenuhnya
Janganlah ada sebarang wasangka
Janganlah dilayan syak wasangka

Biarlah keikhlasan dan kejujuran
Menjadi asas menjalinkan hubungan
Jadikan kepercayaan dan persefahaman
Dasar bagi mengekalkan ikatan

Jodoh dan juga pertemuan
Segalanya merupakan urusan Tuhan
Manusia merancang Tuhan menentukan
Sekiranya jodohnya, pasti disatukan

Seandainya teman meminta bantuan
Bantulah seadanya mengikut kemampuan
Syukurlah kepada anugerah Tuhan
Masih diizinkan menghulurkan sumbangan

Tanggungjawab agama sabar ditunaikan
Tanggugjawab keluarga jangan diabaikan
Tanggungjawab sekolah tekun dilaksanakan
Segalanya dilakukan dalam kesederhanaan

Begitulah adat menghadapi kehidupan
Kehidupan sebagai hamba Tuhan
Al-Quran, As-Sunnah dijadikan pedoman
InsyaAllah hidup menerima kerberkatan

Nur Intan
070702

0 Comments:

Post a Comment

<< Home