Tuesday, December 20, 2005

aku memohon dari-Mu

Bismillahirahmanirahim..

Hmm, dah berapa hari aku tak mencatat apa2 kan???
Kalau ikut rasa hati, aku memang tak mau catat apa2... kerana tidak ingin mengenangkan kembali segala yg telah berlaku, sejurus setelah ia berlaku... namun, aku rasa, lebih baik aku catatkan, sekurang2nya, terlepas juga setitik beban yang ada di bahuku ini..

Semenjak kali terakhir yang aku bantu dirinya, tiba2 seolah2 hilang sebarang rasa kasih yang selama ini aku simpan untuk dirinya.. hilang segalanya..
diganti dengan perasaan cukup kecewa, hilang keyakinan yang dia mampu untuk menyara hidupku nanti. Ya Allah, sungguh tiba2 aku hilang semua keyakinan... terlalu banyak yang telah kuberi, terlalu sedikit yang telah kembali, sedangkan masa terus beredar.. aku tidak sanggup, aku tidak ingin bernikah sedangkan terlalu banyak yang tergantung di antara kita... terlalu banyak... aku tidak ingin bernikah dengan seorang yang aku telah hilang segala rasa hormat kepadanya!!! Ya Allah, bagaimana harus aku mengabdikan diri, menyerahkan jiwa, tubuh serta nyawa, kepada seorang insan yang aku langsung tidak hormati???

Ya Allah... semakin aku fikirkan, semakin aku rasa seolah2 akulah gadis yg terbodoh di singapura ni, kalau tak di dunia.. what have i done with my life?? look at the big big mess i placed myself in!!!

Semalam, akhirnya, aku berjumpa dgn abang angkat aku. Baik orangnya, banyak dia nasihat.. dia tanya, kenapa wajah aku seperti murung dan kenapa aku kata seolah2 aku tak pasti dgn pertunangan aku.. dan dia telah meneka jawapan yang cukup tepat.. kerana sebab yang sama yg aku utarakan. namun, dia kemudian berkata, takkanlah kerana satu sebab itu aku ingin mengakhirinya? ataukah ada sebab lain? kerana hadir seorang lagi???
aku akan tetap berdoa, meminta jawapan dari-Nya.

selepas itu, aku sempat bertemu dgn no1. kita tengok wayang.. aku cuba mendekati dirinya, cuba kembalikan segala rasa kasih, namun, sayang, kosong benar rasa hati semalam... entah kenapa... sehingga aku naik bingit di atas sebab yang terkecil, kerana dia tak tau pun nama neneknya, benda yang termudah... siapa yg tak tau nama nenek sendiri?????
sehingga begitu pemikirannya terhadap ikatan kekeluargaan.. bagaimana nanti bila dah berumahtangga???
semalam pun, orang tu dah lah sakit, dah naik demam, tapi pun berdegil nak tengok wayang, aku ikutkan sahaja. bila dah habis cerita, mulalah dia bersin dan bersin dan dia separuh naik bingit. buruk benar bila dia sakit, tak bersyukur langsung kepada Dia yang telah memberi sedikit kesakitan sebagai menghilangkan dosa.. dan sebagai peringatan.
bila balik pulak, hal pasal kawan dia, yang mungkir janji.. dah macam2 perkataan yang aku dengar.. Ya Allah, dia tahu tu kerja bodoh, tapi dia buat juga dan bila masalah sebegini timbul, dia marah tak abis2... dan aku terus sabar mendengar segala kata yang keluar dari mulutnya...
hari ni pulak, basikalnya kena curi.. salah dirinya juga, letak basikal mahal2 di luar rumah. bila dah kena curi, habis2 habisan dimarahi pihak yang dia yakin telah mencuri, sehingga nak belasah lah, nak apa lagi lah, macam2 lagi perkataan yang dilemparkan, dan segalanya aku sabar mendengar. Ya Allah... menitis air mata aku tatkala mendengar segala kata2 yang keluar dari bibirnya Ya Allah...
Aku tahu segala kata bukan ditujukan kepadaku, namun... bayangkanlah, insan mana yang sanggup dengar tu semua??? ni belum lagi nikah, adakah aku akan terus mendengar tu semua setelah bernikah??? adakah semua lelaki begitu atau dia sahaja????

Ya Allah, aku tidak pernah mengaku diri aku tertekan, aku tahu aku jarang stress tentang kerja, tapi aku tahu kadangkala aku cukup rasa tertekan sekali dan aku sering memikirkan sebabnya. mungkin, aku telahpun jumpa sebabnya.. DIA... aku juga baru sedar, batuk aku hanya datang setelah sesuatu berlaku antara kita.. mungkin DIA penyebab aku tertekan dan bila aku tertekan, aku mula batuk lagi..

Ya Allah... benar2 aku tertekan beberapa hari ni... aku tak tahu apa nak buat.. aku tak mampu untuk mengganggu Yr-Honour lagi... tapi kalau bukan dia, aku tak ada sesiapa lagi yang aku berani beritahu.. Kadangkala, aku kesian juga pada Yr-Honour, terpaksa melayani diriku, tapi aku juga tiada pilihan lain...
Kadangkala, terlintas di hati untuk beritahu sahaja segalanya pada ibuku, namun aku tak rasa dia akan bersedia..

Terlintas pula nak kongsi dengan Mind-reader, tapi, dia pun sibuk dengan kerja dan sekolah.
Sepanjang seminggu ni.. aku sentiasa teringatkan dirinya... entah kenapa, sejak dia msg kelmarin. hanya satu sms sahaja, segalanya ku terkenang kembali.. telah lama aku cuba lupakan dirinya, aku tak lagi pergi belajar, aku halang diri aku dari msg dia pasal bola dan apa2 pun, tapi, dgn satu sms sahaja... takpelah, time will heal all wounds..

Ya Allah, semoga kau tunjukkan aku ke jalan yang terbaik bagiku...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home