Tahun baru, harapan baru
2006 sudah pun membuka tirainya. Syukur Alhamdulillah.. 2005 selamat pergi.. Telah terlalu banyak yang aku alami sepanjang tahun yg cukup mencabar itu, semoga tahun ini lebih baik dari yg baru berlalu.
Buang yang keruh, ambil yang jernih.. itulah yang akan dijadikan dasar bagi memulakan kehidupan baru untuk tahun ini. Sudah tentu, bila tiba tahun Hijrah, itu punya pengertian yang lebih bermakna bagi diri ini. Namun, kerana ini merupakan permulaan tahun untuk berkerja, aku perlu mula menyemarakkan diri untuk menyambut tahun berkerja dgn baik. Alhamdulillah. Aku ingin memulakan setiap hari dengan hanya memohon dariNya, agar Dia membimbingku setiap masa, dalam setiap langkahku sepanjang melalui setiap hari di kerja. InsyaAllah, semoga segala setiap satu usaha aku mendatangkan keberkatan di dunia dan yg lebih penting, di akhirat kelak.
Semoga keihlasan dan kejujuran akan mengekalkan ikatan kasih yang terbina, dan pertunangan yg dilangsung selamat melalui jangka masa yang bakal cukup mencabar dan dua insan yang saling menyayangi bakal selamat menemui penutup cerita cinta mereka yg terbaik bagi diri masing2... insyaAllah.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home