Tulisan 9 - Dua beg yang kupunya
Masih jelas ingatan di minda
Beg yang pertama sekali kupunya
Di waktu diri baru bersedia
Membuat keputusan yang kurasa sebaiknya
Beg yang cukup memenuhi citarasa
Corak dan bentuknya cukup kusuka
Namun amat sayang sekali kurasa
Peluang bagiku memakainya jarang kupunya
Kemudian beg lain akhirnya kujumpa
Lali kubeli tanpa berfikir lama
Walau beg kedua cukup sederhana
Memadailah kiranya dapat selalu kuguna
Lalu kupakai beg yang kedua
Sepanjang pengajian hingga alam bekerja
Beg kedua puas sudah kuguna
Tanda garis, pena tidak terkira
Betapa kusayang pada beg kedua
Beg yang sangat banyak berjasa
Sudah terlalu biasa diri dengannya
Terasa kehilangan andai keluar tanpanya
Namun hati tidak pernah terlupa
Akan beg yang disimpan lama
Tetap, dari masa ke semasa
Terlintas niat untuk memakainya semula
Malah kini, setelah kian dewasa
Tatkala berubah pemikiran dan citarasa
Lebih banyak peluang kini kupunya
Semakin lazim beg pertama kuguna
Teman-teman dan ibu ada bertanya
Bertukar ganti beg, apa baiknya
Seolah tiada kumiliki ketetapan minda
Asyik merubah pilihan setiap masa
Tiada kunafi kebenaran kata mereka
Ada masanya bingung juga kepala
Sukar buat pilihan antara keduanya
Mana satu lebih sesuai diguna
Sekali sekala terlintas dalam minda
Untuk membuang sahaja beg kedua
Diganti dengan beg yang pertama
Yang memenuhi keperluan serta citarasa
Namun tidak sampai hati rasanya
Untuk mengabaikan beg begitu sahaja
Menjadi bagaikan kacang lupakan kulitnya
Seolah segala jasa tiada nilainya
Beg kedua, andai dijahit semula
Bakal bertahan untuk cukup lama
Beg pertama belum tentu lasaknya
Mungkin sahaja tidak bertahan lama
Buat masa ini, beginilah hakikatnya
Terus terbuang masa dan tenaga
Memindahkan isi beg setiap masa
Selagi kedua beg dapat diguna
Nur Intan
161105
Beg yang pertama sekali kupunya
Di waktu diri baru bersedia
Membuat keputusan yang kurasa sebaiknya
Beg yang cukup memenuhi citarasa
Corak dan bentuknya cukup kusuka
Namun amat sayang sekali kurasa
Peluang bagiku memakainya jarang kupunya
Kemudian beg lain akhirnya kujumpa
Lali kubeli tanpa berfikir lama
Walau beg kedua cukup sederhana
Memadailah kiranya dapat selalu kuguna
Lalu kupakai beg yang kedua
Sepanjang pengajian hingga alam bekerja
Beg kedua puas sudah kuguna
Tanda garis, pena tidak terkira
Betapa kusayang pada beg kedua
Beg yang sangat banyak berjasa
Sudah terlalu biasa diri dengannya
Terasa kehilangan andai keluar tanpanya
Namun hati tidak pernah terlupa
Akan beg yang disimpan lama
Tetap, dari masa ke semasa
Terlintas niat untuk memakainya semula
Malah kini, setelah kian dewasa
Tatkala berubah pemikiran dan citarasa
Lebih banyak peluang kini kupunya
Semakin lazim beg pertama kuguna
Teman-teman dan ibu ada bertanya
Bertukar ganti beg, apa baiknya
Seolah tiada kumiliki ketetapan minda
Asyik merubah pilihan setiap masa
Tiada kunafi kebenaran kata mereka
Ada masanya bingung juga kepala
Sukar buat pilihan antara keduanya
Mana satu lebih sesuai diguna
Sekali sekala terlintas dalam minda
Untuk membuang sahaja beg kedua
Diganti dengan beg yang pertama
Yang memenuhi keperluan serta citarasa
Namun tidak sampai hati rasanya
Untuk mengabaikan beg begitu sahaja
Menjadi bagaikan kacang lupakan kulitnya
Seolah segala jasa tiada nilainya
Beg kedua, andai dijahit semula
Bakal bertahan untuk cukup lama
Beg pertama belum tentu lasaknya
Mungkin sahaja tidak bertahan lama
Buat masa ini, beginilah hakikatnya
Terus terbuang masa dan tenaga
Memindahkan isi beg setiap masa
Selagi kedua beg dapat diguna
Nur Intan
161105


0 Comments:
Post a Comment
<< Home