Alhamdulillah, hati semakin yakin hari demi hari, akhirnya...
Hari itu hari Jumaat, 11Aug. Kita telah pergi ke Toa Payoh HDB Hub, untuk melihat design flat baru... Kita berselisih faham dan antara kita, saling meninggikan suara. Namun, yang indahnya, di hari itu, aku tidak meleraikan tanganku dari genggamannya apabila dia meninggikan suaranya terhadap aku, seperti selalu. Malah, aku tersenyum lagi, setelah ditegur.
Aku rasa cukup hairan, dan di saat itu, aku sedar, aku sudah dapat menerima dirinya dalam apa keadaan jua... Alhamdulillah....
Sejak hari itu hingga kini, ada juga beberapa kali aku dimarah, ditegur, hingga menitis air mata.. namun aku tetap sedar, aku tetap menerima segala teguran dengan baik.. dan aku semakin bersyukur aku memiliki dirinya. Aku semakin sedar, bahawa hanya dia dapat membimbing aku kerana hanya dia yang mampu membuat gadis degil ini untuk tunduk dan mendengar kata2nya..
Walau bagaimana aku meminta, dia tidak pernah putus asa dengan segala kerenah aku, aku benar2 bersyukur telah dapat menjadi insan yang bertakhta di kamar hatinya..
Alhamdulillah, Syukur, semakin hari aku semakin yakin, ALHAMDULILLAH...

0 Comments:
Post a Comment
<< Home