Tuesday, January 02, 2007

2007 membuka tirainya, dengan harapan baru untuk diriku

Assalaamualaikum wr wb

Akhirnya, tahun 2006 telahpun berakhir. Tahun yg dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan aneka dugaan. Aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana telah sabar menempuhi segala ujian dariNya. Alhamdulillah..

Kini, tahun baru 2007 telahpun bermula.
Ingin aku menjadi tahun ini lebih baik dari tahun yang baru berlalu.
Tiada lagi sikap sambil lewa, tiada lagi membuang masa, tiada lagi syak wasangka.
Biarlah hanya keiklasan dan kejujuran menjadi asas setiap tindakan dan gerak geri ku.
Aku memohon agar diberikan kebaikan dalam setiap yg aku lakukan dan aku memohon agar dimudahkan segala urusanku seharian.
Aku berdoa agar disatukan aku dan yang tersayang dengan ikatan bernikahan.
Aku memohon ketenangan dan kebahagiaan yang diredhai-Nya setiap masa.
InsyaAllah...
Amin Ya Rabbal Alamin..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home